|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penyelidikan ini difokuskan untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur-unsur gaya kewartawanan baru
(new journalism) dan sejauh manakah unsur-unsur itu bersifat estetik sastera dalam novel Imam yang
menjadi fokus kajian. Kajian ini juga bertujuan meneliti bagaimana enam ciri gaya kewartawanan baru
(new journalism) atau faction diterapkan serta apakah kesan penerapan dan penggunaannya dalam
kreativiti Abdullah Hussain. Penyelidikan ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama merupakan
bahagian pengenalan yang membicarakan pernyataan kajian, bidang kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian, kajian berkaitan, kaedah kajian, dan pendekatan kajian. Dalam bab kedua puia,
membincangkan sejarah kemuncuian dan perkembangan teori new journalism, tokoh-tokoh dan pengasas,
kontroversi di sekitar gaya kewartawanan baru, definisi gaya kewartawanan baru, ciri-ciri gaya
kewartawanan baru, perbezaan gaya kewartawanan baru dan non-fiction novel, Kedudukan dan pengaruh
fakta, sejarah serta penerapannya dalam novel Imam karya Abdullah Hussain dan pengarang dunia yang
mengaplikasikan teknik (gaya) new journalism dan berbentuk non-fiction novel dibincangkan dalam bab
tiga. Bab empat pula membincangkan dan menganalisis gaya fiction yang terdapat dalam novel Imam.
Dalam bab yang terakhir, dibuat kesimpulan daripada penyelidikan novel Imam.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |