UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Abdul Haq Abdul Rashid
Additional Authors :
  • Azizah Zain
Title :Keberkesanan Teater membaca terhadap literasi awal sebutan Bahasa Melayu kanak-kanak di tadika
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap keberkesanan kaaedah Teater Membaca dalam meningkatkan tahap literasi awal sebutan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak di tadika. Kajian ini mempunyai tiga objektif khusus, iaitu mengenal pasti tahap literasi awal sebutan Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan Teater Membaca, menilai perubahan tahap literasi selepas pelaksanaan kaedah tersebut, serta menganalisis perbezaan signifikan antara skor ujian pretest dan posttest. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 37 orang murid daripada negeri Melaka dan Johor sebagai sampel kajian. Instrumen penilaian yang digunakan guru dalam mengukur tahap sebutan murid sebelum dan selepas intervensi Teater Membaca. Analisis data menggunakan ujian- t berpasangan dan statistik deskriptif hasil daripada dapatan yang diperolehi. Dapatan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam tahap literasi awal sebutan Bahasa Melayu selepas pelaksanaan Teater Membaca yang mencatatkan peningkatan skor min, 20.87 kepada 25.39 dalam posttest. Keputusan ujian-t juga mencatatkan perbezaan yang signifikan (t = -15.659, p < .001), yang membuktikan keberkesanan penggunaan Teater Membaca. Dapatan yang diperolehi juga disokong dengan teori Behaviorisme, Sosiobudaya Vygotsky dan Konstruktivisme yang menegaskan pengulangan, interaski soisal dan pembinaan makna yang aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Konklusinya, kajian ini menunjukkan bahawa Teater Membaca antara salah satu pedagogi yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembeajaran dalam meningkatkan literasi awal sebutan Bahasa Melayu kanak-kanak dan boleh digunakan secara meluas dalam pendidikan awal kanak-kanak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.