UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :GB Physical geography
Main Author :Muhammad Safwan Mohd Shariff
Title :Mendakan tanah lumpur sungai sebagai bahan alternatif untuk penghasilan seramik kontemporari
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehgunaan mendakan tanah lumpur sungai (MTLS) sebagai bahan alternatif menggantikan tanah liat konvensional untuk penghasilan seramik kontemporari. Kajian ini berdasarkan pendekatan eksperimental yang menggunakan kaedah studio praktis bagi menguji kadar keplastikan, kadar kecutan, dan kebolehkerjaan MTLS sebagai tanah liat alternatif. Sampel MTLS diperoleh dari tiga lokasi, iaitu Sungai Ringlet, Bertam, dan Tapak Pelupusan Habu di Cameron Highlands yang merupakan kawasan utama kejadian hakisan MTLS di Malaysia. Sampel sedimen ini dikelaskan kepada dua kategori, iaitu MTLS tidak diproses (MTLS1) dan MTLS diproses (MTLS2). Bagi tujuan pemprosesan dan pengekodan, sampel MTLS dikelaskan kepada enam jenis sampel yang terdiri daripada MTLS Sungai Ringlet 1 (R1), MTLS Sungai Ringlet 2 (R2), MTLS Bertam 1 (B1), MTLS Bertam 2 (B2), Sungai Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2). Selain itu, tiga teknik asas penghasilan seramik, iaitu teknik lingkaran, teknik picitan, dan teknik tekanan acuan, turut digunakan untuk penghasilan seramik kontemporari. Dapatan kajian menunjukkan MTLS Bertam 2 (B2) mempunyai sifat tanah liat yang baik berdasarkan tahap keplastikannya yang tinggi tanpa ada kesan retakan dan kadar kecutan di antara 1.1% dan 2.0% pada suhu pembakaran di antara 950 0C dan 1,250 0C. Selain itu, prestasi kebolehkerjaan tiga teknik asas seramik yang diaplikasikan pada  MTLS B2 adalah tinggi berdasarkan ciri estetika yang menarik pada seramik kontemporari yang dihasilkan, seperti kesan tekstur yang pelbagai dan pantulan warna gelasir yang berkilat pada permukaan. Oleh yang demikian, MTLS B2 berpotensi dikomersialkan sebagai tanah liat alternatif yang baharu untuk menggantikan tanah liat konvensional dalam penghasilan seramik kontemporari dengan penggunaan semula mendakan tanah lumpur sungai melalui teknik-teknik yang telah gunakan dalam kajian ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.