UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :HM Sociology
Main Author :Nur Nadia Lukmanulhakim
Title :Pembentukan identiti nasional dalam masyarakat pelbagai budaya: satu kajian kes di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pembentukan identiti nasional di Malaysia adalah suatu perkara yang rumit kerana kewujudan kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Kajian kes ini bertujuan untuk meneliti pembinaan identiti masyarakat pelbagai budaya khususnya mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti identiti sosial, membentuk hierarki identiti sosial serta mengenal pasti kaedah pembentukan identiti nasional. Teori utama yang mendasari kajian ini adalah teori identiti sosial oleh Tajfel dan Turner. Teori ini menerangkan tiga proses utama pembentukan identiti sosial iaitu (a) pengkategorian sosial, (b) identifikasi sosial, dan (c) perbandingan sosial. Enam elemen masyarakat pelbagai budaya pula diambil daripada model Banks iaitu etnik, bahasa, agama, gender, status sosioekonomi serta keupayaan mental dan fizikal. Responden kajian terdiri daripada 149 orang mahasiswa (119 responden untuk soal selidik dan 30 peserta untuk temu bual) dan 5 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar yang telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik and protokol temu bual. Instrumen kajian iaitu soal selidik telah disahkan oleh dua orang pakar dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik didapati tinggi dengan pekali Cronbach Alpha adalah sebanyak a = 0.87. Hasil kajian utama daripada soal selidik mendapati identiti agama adalah identiti sosial yang menduduki hierarki tertinggi (M = 4.29; SP = 0.66), diikuti dengan identiti bahasa (M = 3.78; SP = 0.78) dan gender (M = 3.77; SP = 0.97). Hasil temu bual pula telah menerbitkan beberapa tema utama dalam perancangan pembentukan identiti nasional di UPSI iaitu (a) interaksi dan komunikasi dalam kelas, (b) penglibatan ko-kurikulum, (c) aktiviti kebudayaan dan patriotisme. Kesimpulannya, pembentukan identiti nasional dalam kalangan mahasiswa UPSI adalah berfokuskan kepada elemen komunikasi dan interaksi. Implikasi kajian menyarankan pembentukan identiti nasional pada masa hadapan di institusi pengajian tinggi perlu mengambil kira hieraki identiti sosial dalam peneguhan gagasan Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.