Kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan oleh jurulatih sekolah sukan Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Kamariah Mohd Yassin
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2003
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan yang
dilaksanakan oleh jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Instrumen untuk kajian ini ialah satu
set soal selidik (Instrumen Kaedah Penaksiran dan Penilaian Prestasi Sukan oleh Jurulatih) yang
dibina oleh penyelidik. Soal selidik tersebut terdiri dari 38 item yang dibahagikan kepada enam
bahagian 1a1tu: kaedah penaksiran; prinsip pengukuran dalam sukan; analisis data; merekodkan
data; menggunakan keputusan penilaian prestasi serta kekerapan penilaian kecergasan fizikal dan
kemahiran sukan spesifik. Soal selidik ini mempunyai kesahan kandungan (telah disahkan oleh lima
orang panel pakar dalam bidang kejurulatihan, penilaian sukan, pedagogi sukan dan pembangunan
sukan) dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach (kaedah penaksiran dan priosip pengukuran dalam sukan a
= 0.89; analisis data, merekodkan data dan menggunakan keputusan penilaian prestasi a = 0.94;
kekerapan penilaian kecergasan fizikal dan kemahiran sukan spesifik a= 0.86). Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dengan rekabentuk ex- post facto. Subjek kajian terdiri dari semua
jurulatih SSM (N= 42, Lelaki= 38, Perempuan= 4) dari 19 jenis sukan. Data dianalisis menggunakan
kekerapan, peratus, Ujian Khi Kuasa Likelihood Ratio, dan Ujian-t. Antara dapatan kajian ini ialah:
terdapat 76.2% hingga 81% jurulatih SSM tidak dapat mempraktikkan pengetahuan dan pengalaman
tentang pengujian, pengukuran dan penilaian sukan dalam amalan menilai prestasi sukan secara
saintifik dan sistematik; tidak terdapat amalan melaksanakan proses penaksiran dan penilaian
prestasi sukan (piawai, kesahan dan kebolehpercayaan) yang berkualiti, sistematik dan berterusan;
tidak terdapat sistem merekodkan data yang lengkap, berterusan dan sistematik; tidak terdapat
penggunaan maklum balas penilaian prestasi sukan yang mantap dan telus kepada atlit, ibu bapa dan
pentadbir; terdapat perbezaan amalan penaksiran dan penilaian prestasi sukan antara jurulatih dari
kedua-dua buah SSM. Kesimpulannya amalan kaedah penaksiran dan penilaian prestasi sukan oleh
jurulatih SSM di dapati tidak memuaskan, sistematik dan saintifik. Justeru itu, dicadangkan
masalah tersebut perlu diatasi segera selaras dengan Dasar Pembangunan Atlit (KPM, 1999) dan
Laporan Penilaian Semula Konsep Sekolah Sukan Malaysia (KPM, 1997).
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.