UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Joan Lucas Monet
Additional Authors :
  • Tajul Rosli Shuib
Title : Model komitmen organisasi berasaskan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri dengan kepuasan kerja sebagai pengantara
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini mengkaji kesan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri sebagai faktor utama, serta kepuasan kerja guru sebagai faktor pengantara terhadap komitmen organisasi. Kajian melibatkan 229 guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan adalah instrumen kecerdasan emosi guru, instrumen kendiri guru, instrumen kerja guru dan instrumen komitmen organisasai. Data yang dikumpul menggunakan beberapa kaedah analisis statistik melalui perisian IBM-SPSS versi 25 dan IBM-SPSS-AMOS versi 21. IBMSPSS digunakan untuk analisis preliminari termasuk penyuntingan dan saringan data, analisis deskriptif analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis kebolehpercayaan. Hasil dapatan menunjukkan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi (Beta 0.159, p < .05; Beta 0.276, p < .001). Faktor-faktor seperti jantina, umur, tempoh berkhidmat, tahap pendidikan, dan tempoh berkhidmat di sekolah tidak mempengaruhi kecerdasan emosi, efikasi kendiri, dan kepuasan kerja guru. Terdapat pengaruh positif dan signifikan antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri, kepuasan kerja guru, dan komitmen organisasi. Kepuasan kerja guru berperanan sebagai pengantara antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri, dan komitmen organisasi (Min 3.03). Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati psikologi, personaliti, dan kemahiran guru memberi kesan terhadap komitmen organisasi. Implikasi kajian penting untuk penyediaan pengetahuan psikologi, personaliti, dan kemahiran bagi guru, serta panduan praktikal bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan organisasi pendidikan lainnya untuk meningkatkan amalan dan dasar-dasar pendidikan._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.