|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaruh kelayakan guru terhadap kualiti pendidikan awal kanak-kanak di tadika swasta. Fokus utama kajian adalah untuk memahami pengalaman guru tadika yang tidak mempunyai kelayakan formal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), serta bagaimana kelayakan akademik dan pengalaman mereka mempengaruhi amalan pengajaran, pengurusan tingkah laku dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai tiga orang guru tadika swasta di kawasan Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui temu bual tidak berstruktur, kemudian dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tanpa kelayakan formal PAKK menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan pengetahuan pedagogi, kesukaran mengurus tingkah laku murid, beban kerja yang tinggi serta kekurangan sokongan latihan profesional. Walau bagaimanapun, guru-guru ini turut menunjukkan keupayaan adaptasi melalui pembelajaran kendiri, pemerhatian rakan sekerja dan pengalaman harian dalam bilik darjah. Kajian ini menegaskan bahawa kelayakan guru memainkan peranan penting dalam memastikan amalan pengajaran yang sesuai perkembangan dan berkualiti. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penambahbaikan dari segi sokongan institusi, latihan profesional berterusan dan penguatkuasaan dasar bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |