UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Ismail Ishak, Zain Mohd Zuber,
Title :Persepsi alumni Anak Kandung dari Republik Singapura dan negara Brunei Darussalam terhadap Ibu Kandung SITC
Year of Publication :2005

Abstract :
Kertas kerja ini berdasarkan kajian dan analisis daripada projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu UPSI bertajuk "Sejarah Lisan Tokoh-tokoh SITe". Projek kajian ini bertujuan merakamkan pengalaman dan sumbangan lulusan SITe dalam pelbagai bidang kemasyarakatan. Projek kajian ini dilakukan memandangkan amat sedikit sekali mak1umat yang tersimpan di UPSI mengenai rakaman sejarah dan peristiwa di SITe khususnya era sebelum Perang Dunia Kedua. Jika tidak dirakam dan didokumentasikan besar kemungkinan sejarah lisan mengenai latihan guru dan perguruan ini akan pupus memandangkan semakin ramai lulusan SITe (1022 - 1957) yang telah meninggal dunia. Skop kajian ialah merakam pengalaman responden sebagai guru pelatih semasa menjalani kursus selama tiga tahun di SITe Tanjong Malim, menjalani kelas (kurikulum) dan aktiviti luar kelas (kokurikulum), budaya belajar dan mengajar, aspirasi dan harapan sebelum diterima masuk ke SITe dan selepas lulus dan mendapat sijil perguruan dari SITe dan perkembangan kerjaya selepas lulus dari SITe. Juga dirakam ialah peristiwa di era tersebut seperti zaman Jepun (I942-45) dan zaman dharurat (1948-1960). Kajian yang dilakukan pada tahun 2003 (14 - 23 Julai 2003 di Brunei dan 22 - 27 September 2003 di Singapura) telah berjaya mengesan 16 orang alumni anak kandung dari Negara Brunei Darussalam dan 10 orang dari alumni anak kandung Republik Singapura yang pernah belajar di SITe antara tahun 1937 hingga tahun 1962. Format so alan temuduga yang digubal oleh rPM-UPSI adalah seragam (standard) untuk semua responden dan di dalamnya termasuk beberapa soalan yang berkaitan dengan persepsi alumni Anak Kandung terhadap Ibu Kandung SITe. Analisis daripada persepsi dan pendapat responden inilah yang menjadi as as kepada kertas kerja ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.