UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :P Language and Literature
Main Author :Gabriel Guret
Additional Authors :
  • Rosliah Kiting
Title : Keberkesanan Teknik Japetran O dan Japeintran XO meningkatan penguasaan kata kerja Bahasa Iban berbantukan multimedia interaktif talking Tom dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik pengajaran berbantu multimedia Talking Tom dalam meningkatkan penguasaan kata kerja Bahasa Iban dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuasieksperimen. Seramai 30 murid Iban dan Baketan dari tiga kelas iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di Kapit, Sarawak dijadikan sampel kajian secara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca, dan soal selidik, manakala data dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan inferensi iaitu ujiant. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pasca ujian antara kumpulan yang menggunakan aplikasi multimedia dan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran konvensional (F(4,85) = 23.671, p < .001), dengan tahap penguasaan awal juga memberi kesan signifikan terhadap pencapaian murid (F(2,85) = 141.349, p < .001). Keputusan ini menyokong hipotesis bahawa aplikasi multimedia melalui Teknik JaPeTran _O_ dan JaPeIntran _XO_ berkesan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Iban, khususnya dalam kalangan murid berkemampuan rendah. Walau bagaimanapun, analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara kumpulan rawatan dan kawalan (t = 1.45, p > 0.05), menandakan kelemahan penguasaan Bahasa Iban bukan sahaja bergantung pada kaedah pengajaran semata-mata. Selain itu, kajian ini mendapati penggunaan teknologi meningkatkan motivasi murid pada tahap tinggi (min = 5.35). Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa pendekatan berasaskan teknologi berpotensi melengkapkan kaedah pengajaran konvensional, meningkatkan motivasi, dan menyokong penguasaan Bahasa Iban dengan lebih efektif. Implikasi kajian ini adalah dapat memberi panduan kepada guru dan pembuat dasar tentang potensi pengajaran berasaskan teknologi untuk memperkukuh pembelajaran bahasa ibunda di sekolah pedalaman dan luar bandar._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.