UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Indran Subrumanian
Additional Authors :
  • Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Title :Pengaruh amalan kepimpinan tranformasi pengetua dan kepuasan kerja terhadap komitmen organisasi guru kaunseling di malaysia
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh amalan kepemimpinan transformasi pengetua (karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu, dan motivasi berinspirasi) terhadap komitmen organisasi (komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif) guru kaunseling dan kepuasan kerja (fisiologi, keselamatan, hubungan, fasiliti, kebajikan dan kewangan) sebagai perantara di Malaysia. Kajian kuantitatif ini melibatkan 466 orang guru kaunseling sekolah menengah di Malaysia yang dipilih secara pensampelan berstrata nisbah rawak. Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data melalui soal selidik yang diedarkan melalui dalam talian. Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu MLQ-Form 5, Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Data dianalisis menggunakan SPSS 29.0 dan dimodelkan melalui perisian AMOS versi 26.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan dua pembolehubah iaitu kepemimpinan transformasi (M=8.30, SP=1.04) dan kepuasan kerja (M=8.62, SP= .82) mencapai tahap sangat tinggi manakala komitmen organisasi (M= 7.54, SP=1.37) mencapai tahap tinggi. Analisis kesan langsung menunjukkan pembolehubah amalan kepemimpinan transformasi (_ = .207) dan kepuasan kerja (_ = .264) mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap komitmen organisasi. Kajian ini juga mengetengahkan bahawa pembolehubah kepuasan kerja berperanan sebagai perantara separa dalam hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi dan komitmen organisasi dengan nilai Variance Accounted For (VAF) 33.97%. Secara keseluruhannya, pembolehubah kepemimpinan transformasi dan kepuasan kerja menyumbang sebanyak R_= .20 @ 20% terhadap komitmen organisasi. Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap teori, amalan dan dasar pendidikan. Dari segi teori, kajian ini memperkukuh Teori Pertukaran Sosial dengan bukti empirikal hubungan kepemimpinan transformasi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Dari sudut amalan, ia memberi panduan kepada pengetua untuk mengamalkan gaya kepemimpinan transformasi bagi meningkatkan kepuasan kerja guru kaunseling. Dari segi dasar, dapatan menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia memperkukuh latihan kepemimpinan serta menyediakan sokongan lebih menyeluruh demi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.