|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Disertasi ini ialah satu penyelidikan tentang keberkesanan peranan sekolah terhadap Program NILAM.
Penyelidikan ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim, Perak.
Disertasi ini mengandungi lima bab. Bab I merupakan bab pendahuluan yang menerangkan latar belakang
Program NILAM, pernyataan masalah, objektif kajian, batasan kajian, kepentingan kajian dan definisi
operasional.
Bab II ialah kajian yang berkaitan dengan penyelidikan ini dan ulasan penyelidik terhadap
kajian-kajian tempatan dan luar negara. Bab III ialah bab metodologi penyelidikan yang menjelaskan
sampel; pendekatan dan perkaedahan yang melibatkan aspek kaedah
penyelidikan tinjauan dan kepustakaan serta aspek prosedur
penyelidikan; pengumpulan data yang berdasarkan soal selidik dan temu bual; dan pengolahan data.
Bab IV merupakan hasil penganalisisan dan perbincangan. Perbincangan dalam bab ini ditumpukan
kepada dapatan-dapatan yang diperoleh, iaitu yang berkenaan dengan pendapat guru dan murid tentang
Program NILAM, peranan sekolah dalam menarik minat murid untuk membaca buku, tabiat membaca buku
dalam kalangan murid, terutama dari segi bilangan peminjaman, dan sama ada faktor jantina, ras dan
cara hidup mempengaruhi tabiat membaca buku dalam kalangan murid.
Bab V ialah bab akhir penyelidikan ini yang menghuraikan kesimpulan atau implikasi dan cadangan
untuk kajian selanjutnya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |