UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :Q Science
Main Author :Wong, Yew Tuang
Title :Pembinaan instrumen dan penentuan tahap kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar tingkatan 2
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2010
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan terhadap pemupukan kepada 12  kemahiran  proses sains dalam kalangan pelajar, namun tiada satu instrumen kemahiran proses sains yang dapat  mengukur kesemua kemahiran proses sains. Kajian ini bertujuan untuk menjana suatu instrumen  kemahiran proses sains yang bukan sahaja bersifat  komprehensif,  tetapi  juga  mempunyai  kesahan,   kebolehpercayaan,  indeks diskriminasi  dan  indeks  kesukaran  yang  bersesuaian.  Instrumen  ini   kemudiannya digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan  pelajar Tingkatan 2 berdasarkan lokasi, jantina dan kumpulan etnik di sekolah-sekolah menengah di  Bahagian Kapit, Sarawak. Sehubungan itu, metodologi kajian dibahagikan kepada dua fasa. Fasa  pertama merupakan fasa pembinaan instrumen di mana seramai 111 orang pelajar Tingkatan 2 yang merentas kebolehan dan pencapaian akademik digunakan sebagai  sampel untuk menguji rintis 62 item kemahiran proses sains asas dan 49 item kemahiran proses sains bersepadu. Hasil daripada kajian rintis ini, 30 item kemahiran  proses sains asas dan 30 item kemahiran proses sains bersepadu dikekalkan kerana ianya mempunyai  pekali KR20 0.88 yang menunjukkan ketekalan dalaman yang baik dan mempunyai nilai indeks kesukaran  dalam julat 0.25-0.75 serta indeks diskriminasi dengan nilai sekurang-kurangnya 0.40. Fasa kedua  merupakan fasa kajian sebenar yang menggunakan kaedah causal comparative yang melibatkan sampel  seramai I 021 orang pelajar Tingkatan 2 daripada 4 buah sekolah menengah luar bandar dan 3 buah  sekolah  menengah  pedalaman di Bahagian  Kapit, Sarawak. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan di antara pelajar dalam penguasaan setiap komponen kemahiran proses sains  mengikut lokasi sekolah. Waiau bagaimanapun, terdapat perbezaan secara signifikan di antara pelajar  mengikut jantina dalam penguasaan kemahiran proses sains dari aspek kemahiran mengeksperimen  sahaja. Di samping itu, terdapat perbezaan secara signifikan di antara pelajar pelbagai etnik dalam  penguasaan kemahiran proses sains dari aspek kemahiran meramal, mentaksir data dan mengawal  pembolehubah. Terdapat hubungan sederhana wujud di antara penguasaan kemahiran proses sains dengan  pencapaian pelajar dalam subjek sains. Kesimpulannya, instrumen ini memudahkan guru-guru sains  untuk mengesan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.