|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Sastera adalah dokumentasi yang merakamkan kehidupan masyarakat. Hal-hal yang dipaparkan dalam sastera merangkumi peristiwa-peristiwa, aktiviti serta pergolakan yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Dalam hal ini, cerita rakyat yang diteliti berhasil memaparkan pandangan dan sikap kelompok sosial di samping menggarapkan tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Selain itu melalui cerita rakyat kanak-kanak, dikesan gambaran kehidupan masyarakat tradisi yang meliputi sosiobudaya dan sistem kepercayaan mereka. Kepelbagaian makna di sebalik cerita rakyat yang diteliti, memancarkan pemikiran masyarakat tradisi terhadap sesuatu perkara. Lantaran itu, penelitian terhadap cerita rakyat kanak-kanak ini dapat memaparkan fenomena yang dicetuskan oleh masyarakat tradisi di samping memperlihatkan keperibadian dan kecendekiaan masyarakat Melayu.
Kata kunci: sastera kanak-kanak, fenomena sosial, cerita rakyat, tradisi |
| References |
Ali Ahmad. Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1995).
Aminudin. Pengantar Apresiasi Karya Sastera. Bandung: CV Sinar Baru, (1987).
Aripin Said. Prosa Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1996).
Baharudin Zainal. Mendekati Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1986).
Halimah Hassan. “Sastera Rakyat.” Kesusasteraan Melayu Tradisional. Ed. Zalila Sharif, dan Jamilah Hj. Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1993).
Harun Jaafar. Wacana Kesusasteraan Klasik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, (2002).
Jumali Hj. Selamat. Cerminan Sosial dan Nilai-nilai Murni dalam Novel Remaja. Tesis Ph.D. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Matlob. Sastera Alam Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964.
Mustafa Mohd Isa. Awang Belanga: Penglipur Lara dari Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1987).
Othman Puteh dan Aripin Said. (Peny.) Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd., (2008).
Zalila Sharif, dan Jamilah Hj. Ahmad. ed. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1993). |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |