UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini mencuba melihat pengalaman sebuah etnik yang banyakjasanya kepada politik Melayu tradisional di Semenanjung Tanah Melayu satu waktu dulu. Etnik Bugis ini dianggap sebuah etnik yang amat dominan dan sinonim dengan laut dan aktiviti pelayaran. Justeru itu tidak hairanlah jika etnik ini dalam banyak keadaan sama ada terpaksa ataupun rela memasuki masyarakat tempatan yang jelas mempunyai budaya yang asing. Pengalaman etnik ini yang besar ialah bersemenda dengan keturunan Sultan Johor berdarah Bendahara Tun Abdul Jalil. Dalam proses awal persemendaan itu, unsur jati diri Bugisnya bercanggah dengan unsur tempatan, iaitu Melayu. Banyak keadaan menunjukkan berlaku konflik yang mendalam bahkan ada yang membawa pertumpahan darah dalam keluarga. Namun, tanpa disedari, persemendaan dan konflik itu telah berjaya mengukuhkan lagi sebuah bangsa yang ketika itu jati diri merudum akibat sengketa istana. Malahan dari ini Melayu di Johor dianggap berjaya meraih martabat dari proses tersebut. Kajian ini dengan merujuk beberapa nashkah sejarah Melayu tradisional di Johor akan menunjukkan pengalaman proses tersebut dan bagaimana berlakunya sinkretisme etnik dengan mengutamakan sifat persaudaraan berbanding kesukuan etnik. Melayu ini bukanlah Bugis yang sebarangan. Mereka mempunyai kekuatan reputasi politik dan ekonomi serta pengetahuan yang tinggi. Kehadiran mereka di perairan Selat Melaka telah banyak mengundang tindakan keras dari penduduk di kawasan tersebut. Beberapa siri pertempuran telah dicatatkan. Kalah menang bukan persoalan lagi kepada mereka. Yang nyata kehadiran mereka memberi corak tersendiri kepada integrasi etnik suku-suku Melayu yang ada. Kesan yang amat nyata ialah persemendaan mereka dengan kerabat di raja Johor. Kuasa politik kelihatan tidak berubah, tetapi tanggungjawab pemerintahan diambilalih Bugis. Perkongsian kuasa berlaku, percampuran darah melalui nasab Melayu dan Bugis diamalkan bahkan dipertahankan. Melalui masa, pereampuran ini telah menonjolkan satu identiti baru kepada sebuah bangsa Melayu dan etnik rumpun iaitu Bugis. Bugis yang pada peringkat awal mempertahankan kuasa politiknya turut berdepan dengan masalah pengekalan unsur kebugisannya. Justeru itu, bagi mengupas tajuk kertas kerja yang dicadangkan, kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan naskhah-naskhah tradisional Melayu yang pemah muneul di Johor. Ia barangkali dari segi tekstualitinya bermula dengan Sulalat al-Salatin versi Raja Bongsu, diikuti Peringatan Sejarah Negeri Johor, Salasilah Bugis dan Melayu, Hikayat Negeri Johor dan Tuhfat al-Nafis. Semua nashkah sejarah ataupun naskhah pensejarahan Johor ini pemah dihasilkan di pusat penulisan tradisional Melayu di Johor-Riau. Tempoh kemunculan semua naskhah berkenaan sekitar abad ke-17 hingga 19. Sesuai dengan tujuan kertas kerja ini, hanya naskhah yang terpilih sahaja yang digunakan sebagai bahan utama penulisan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |