UPSI Digital Repository (UDRep)

Peribahasa melalui aspek nilai murni pelajar Korea

AVAILABLE Article 3 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Peribahasa melalui aspek nilai murni pelajar Korea
Type
Article
Main Author
Normaliza Abd Rahim
Additional Authors
  • Kim, Jang-Gyem
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1823-6812/ eISSN 2600-8696
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2012
Notes
Vol. 3 (2012): Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu
Degree Type
Others
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Peribahasa merupakan budaya Melayu yang telah dimulakan sejak zaman dahulu lagi dan digunakan oleh orang tua untuk mengajar anak-anak kecil. Kini peribahasa dipelajari bermula dari peringkat sekolah rendah dan diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka. Objektif makalah ini adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. Kajian ini melibatkan enam puluh peribahasa Melayu yang diperkenalkan kepada tiga kelas bahasa Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Empat puluh peribahasa telah dikenal pasti oleh pelajar Korea tidak mempunyai nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan mereka, manakala dua puluh peribahasa dikenal pasti mempunyai nilai murni dan dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian pelajar. Sampel kajian terdiri daripada empat puluh dua pelajar Korea, lelaki dan perempuan berumur 22 hingga 27 tahun, yang mengambil jurusan bahasa Melayu-Indonesia sebagai bidang major. Pelajar diterangkan mengenai setiap peribahasa tersebut dan mereka telah cuba untuk menggunakan peribahasa dalam ayat sendiri. Pelajar juga dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenai peribahasa tersebut dan mereka telah dapat mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam peribahasa. Nilai murni yang dikaitkan dengan peribahasa tersebut telah dikenal pasti penggunaannya dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu di mana pelajar mengambil bahagian dalam pengolahan ayat dan perbincangan dalam kumpulan kecil. Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar dapat memahami akan fungsi dan erti peribahasa Melayu tersebut dan dapat mengaitkan dengan kehidupan mereka sendiri. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat memberi tumpuan kepada nilai estetika dalam peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Kata kunci peribahasa Melayu, nilai murni, pelajar Korea, budaya Melayu, kesedaran

References

Adenan Ayob, 2012. Kajian Fungsi Peribahasa Berunsurkan Manifestasi

Alam dan Tanaman. Jurnal Bahasa Brunei. JB Bil 25 Jan-April 2012.

46-62

 

Amirah Ahmad dan Rozaimah Rashidin, 2011. Terjemahan ‘Air’ dalam

Peribahasa Melayu-Inggeris: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal

Linguistik. Jilid 13 JUN pp. 1-12

 

Arbak Othman, 2011. Peribahasa dan Fungsinya dalam Kehidupan

Masyarakat. Jurnal Bahasa Brunei. JB BIL. 23 Mei - Ogos 2011. 87-

114

 

Bahiyah Dato Hj. Abdul Hamid dan Hafriza Burhanudeen, 1998. Men and

Women in Malay Proverb: An Analysis of Malay Gender Ideology.

Dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan dan Rashila Ramli. ed. Kedudukan

dan citra wanita dalam sumber-sumber tradisional Melayu. Bangi:

UKM.

 

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu tradisonal. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

 

Hamid Awang, Mohd Ra’in Shaari, Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan

Zaharani Ahmad, 2012. Analisis Kekerapan Penyerapan Nilai Murni

dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Brunei. JB. Bil. 25.

91-115

 

Indrawati Zahid, 1998. Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada

Penentu. Jurnal Bahasa, Jilid 42, (11), 978-984

 

Mashetoh Abd Mutalib dan Hishamudin Isam, 2011. Peribahasa sebagai Nilai

Tambah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jurnal Bahasa Brunei.

JB. BIL.24 September-Disember 2011, 116-128

 

Normaliza Abd Rahim, 2011. Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita

dalam Kalangan Pelajar Sindrom Asperger. Jurnal Sains Sosial dan

Pengurusan Teknologi UMP. vol. 3. 25- 34

 

Nor Hashimah Jalaluddin, 1998. Peribahasa Melayu Sebagai Bingkai

Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Bahasa, Jilid 32, (11), 820-830

 

Norhashimah Jalaluddin dan Junainah Kasdan, 2010. Remaja Malaysia dan

Peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik. Jilid 10 (Edisi Khas), 158-172

 

Za’ba, 1962. Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

 

Za’ba, 1965. Ilmu mengarang Melayu. (Edisi Kedua) Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.