UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :T Technology (General)
Main Author :Normiza Mohd
Title :Apresiasi reka bentuk visual pengiklanan laman web produk makanan syarikat bumiputera kajian kes Syarikat Ramly Burger, Syarikat Faiza dan Syarikat Tamin (IR)
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membuat apresiasi terhadap reka bentuk visual di dalam pengiklanan laman web bagi produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera berasaskan kepada elemen-elemen multimedia yang menjadi ciri utama dalam penghasilan laman web yang berkesan. Dalam membuat apresiasi, penyelidik melalui empat tahap iaitu diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian. Penyelidik membuat apresiasi dan perbandingan elemen-elemen multimedia yang terdapat dalam reka bentuk laman web syarikat yang dipilih berdasarkan prinsip komunikasi visual. Tiga buah laman web pengiklanan bagi produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera telah dipilih sebagai subjek kajian, iaitu laman web Syarikat Ramly Burger, Syarikat Faiza dan Syarikat Tamin. Data-data yang diperoleh melalui pemerhatian di laman web berkenaan dianalisis oleh penyelidik berasaskan kepada elemen-elemen multimedia sesebuah laman web iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Kajian menunjukkan perbezaan daripada segi olahan elemen-elemen berkenaan, malah pemberatan pemilihan elemen juga berbeza. Penyampaian maklumat bagi ketiga-tiga laman web berkenaan lebih banyak menerusi teks, manakala elemen-elemen grafik dan animasi lebih kepada usaha menarik perhatian atau memberi penegasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa laman web Ramly Burger merupakan laman web yang banyak menggunakan elemen grafik berbanding laman web Faiza dan Tamin yang banyak mempunyai elemen teks berbanding grafik. Laman web Tamin banyak menggunakan teks hinggakan butang kawalan dan animasi juga pada teks. Ketiga-tiga laman web berkenaan tidak menggunakan elemen audio dan video semasa kajian dilaksanakan. Animasi turut digunakan bagi ketiga-tiga laman web. Penyelidik merumuskan bahawa pengiklanan laman web bagi produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera mempunyai reka bentuk visual yang tersendiri, namun perlu membuat perubahan dalam reka bentuk visual bagi menarik perhatian pengguna.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)