UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan modal insan dalam novel komsas kembara Amira karya Amer Hmzah I. Kadir

AVAILABLE Article 8 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pembinaan modal insan dalam novel komsas kembara Amira karya Amer Hmzah I. Kadir
Type
Article
Main Author
Mohd Faizal Said
Additional Authors
  • Ani Omar
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1823-6812/ eISSN 2600-8696
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
Vol. 4 (2013): Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu
Degree Type
Others
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris Issuing body

Abstract

Kepentingan melahirkan modal insan dalam kerangka dan dasar pendidikan negara bukanlah suatu isu yang baharu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri dengan jelas menggariskan hala tuju pendidikan negara iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah ini menjadi asas utama dalam menjayakan cita-cita dan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bernilai tinggi. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kurikulum yang dirancang dan dibina untuk subjek Bahasa Melayu termasuk Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) dapat memenuhi cita-cita dan hasrat berkenaan. Justeru, kajian ini ingin menganalisis pembinaan modal insan dalam novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L. Kadir yang merupakan salah sebuah novel Komsas untuk Tingkatan Lima Zon Utara. Sebagai landasan dalam menganalisis novel ini, Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang dijana oleh Mohd Yusof Hassan (2007) akan digunakan. Teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia perlu memiliki pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan, dan pemikiran kekreatifan secara bersepadu dan seimbang bagi melahirkan manusia yang soleh atau solehah, sarjana, saintis, dan seniman. Empat pemikiran ini begitu selari dengan unsur-unsur dalam FPK. Kaedah penelitian yang digunakan ialah teknik bacaan rapi dan seterusnya menganalisis isi (content analysis) dengan mengaplikasikan empat pemikiran dalam Teori SPB4K ke atas novel untuk meneliti pembinaan modal insan yang dikemukakan oleh pengarang. Hasil kajian menunjukkan pengarang berjaya merangkumkan keempat-empat pemikiran SPB4K dalam usaha mengangkat keperibadian terpuji Amira. Ini membuktikan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para guru boleh mengangkat Amira sebagai ikon modal insan yang boleh dicontohi oleh pelajar dengan menganalisisnya menerusi pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan, dan kekreatifan. Kata kunci Modal Insan; Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Teori SPB4K; Komsas

References

Amer Hmzah L. Kadir. (2010). Kembara Amira: Edisi Murid. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.    Ibrahim Mohamad. (2011). Sastera dalam pendidikan sekolah. Dlm. A. Halim Ali, Mana Sikana, dan Mohd. Rosli Saludin (edt). Sastera membina peradaban bangsa. Hlm. 1 – 12. Tanjung Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.    Misran Rokimin. (2006). Isu pendidikan dan pembangunan insan menerusi novel. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.    Mohamad Saleeh Rahamad. (2010). Krisis Keyakinan dalam Pendidikan Sastera di Malaysia. Dewan Sastera. Februari, hal. 40–48.    Mohd. Yusof Hasan. (2007). Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.    Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region.    Nor Raudah Siren. (2006). Falsafah Diri Remaja dalam Novel Remaja Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.   Othman Puteh. (1995). Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010. 2006. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.    Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2009. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.    Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. 1993. Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.