UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerapan nilai murni dalam iklan televisyen

AVAILABLE Article 5 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Penerapan nilai murni dalam iklan televisyen
Type
Article
Main Author
Zuhana Amatol Akrma Hapipi
Additional Authors
  • Siti Saniah Abu Bakar
Subject
HF Commerce
ISSN
1823-6812/ eISSN 2600-8696
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
Vol. 4 (2013): Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu
Degree Type
Others
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris Issuing body

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi meneliti nilai murni dalam iklan televisyen terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berdasarkan amalan 16 nilai murni yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu memilih 10 iklan televisyen terbitan KKMM dari tahun 2008 hingga 2012 dalam menjayakan Kempen Budi Bahasa dan Amalan Nilai Murni kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kaedah analisis kandungan yang digunakan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh nilai murni daripada 16 nilai murni yang dikemukakan oleh KPM (1994) dalam pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kerajinan, kerjasama, rasional, kejujuran dan kesyukuran, kasih sayang serta semangat bermasyarakat. Sementara nilai murni yang tidak dikemukakan ialah kasih sayang, kebebasan, keberanian, keadilan, kesederhanaan dan berdikari serta kebersihan fizikal dan mental. Didapati nilai tolong-menolong ditonjolkan dalam iklan, namun begitu nilai tersebut tidak disenaraikan dalam 16 nilai murni oleh KPM. Dapat dikatakan bahawa, iklan televisyen dapat berperanan untuk memupuk dan menerapkan nilai murni kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul demi masa depan negara. Kata Kunci nilai murni, iklan, televisyen

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.