UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Hasan Mohd Yusof,
Title :Dilema Melayu Samsam: Persepsi antara kelompok minoriti Melayu bertuturan Thai di Daerah Kubang Pasu dengan masyarakat Melayu arus perdana (IR)
Year of Publication :2005
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kertas kerja ini merupakan satu keperihalan awal tentang persepsi di antara orang-orang Melayu bertuturan Thai dengan orang-orang Melayu ams perdana. Orangorang Melayu kelompok minoriti berkenaan terdapat di Mukim Hosba, Kubang Pasu, Mukim Binjal dan Mukim Ternin di Daerah Kubang Pasu. Mereka ini adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang beragama Islam, tetapi bertutur dalarn bahasa Thai atau bahasa Siam sebagai bahasa ibunda mereka. Dalarn komunikasi sehari-hari mereka hanya bertutur dalam bahasa Thai, tetapi tidak tahu membaca atau menulis bahasa tersebut. Dan mereka tidak bemsaha untuk mempelajari cara menulis dan membaca bahasa berkenaan. Oleh sebab perbezaan penggunaan bahasa pertuturan orang-orang minoriti ini dengan bahasa pertuturan orang Melayu arus perdana, pihak rninoriti memperlihatkan persepsi berbeza dari segi psikologinya. Bila orang-orang minoriti bertutur bahasa Melayu arus perdana, mereka memperlihatkan pelat atau loghat yang ketara. Hal ini menimbulkan sikap negatif daripada pihak arus perdana dan pihak minoriti berasa rendah diri untuk berinteraksi dengan mereka. Sikap negatif ini pula ditambah dengan persepsi bahawa orang-orang yang berketurunan minoriti ini adalah jahat, ganas, dan terlibat dengan maksiat yang dibuktikan dengan sejarah di Kedah. Orang-orang rninoriti juga dikaitkan dengan kelompok minoriti orang-orang Thai yang beragama Buddha yang juga terdapat di Daerah Kubang Pasu. Pada hal orang-orang Melayu minoriti ini bidup berasingan dari kelompok Thai Buddhis dan mereka mengamalkan cara-cara hidup Islam seperti orangorang Melayu arus perdana. Disebabkan perasaan "inferiority complex" ini, maka ibu-bapa Melayu minoriti ill telah sedar dan berusaha bersungguh-sungguh memberi pelajaran kepada anak-anak mereka. Sekolah tempat permulaan pendidikan ini ialah Sekolah Melayu Hosba, Sekolah Melayu Changlun dan Sekolah Melayu BinjaL Pada tahun 50an; adalah dianggarkan 95% dari murid-murid Sekolah Melayu Hosba terdiri dari golongan Melayu minoriti yang bertutur bahasa Siam. Dari sekolah tersebut, telah lahir beberapa pelajar yang mendapat pendidikan tinggi seperti juga anakanak orang Melayu arus perdana, Mungkin inilah hasil dari kesan persepsi antara Melayu minoriti dengan Melayu arus perdana.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)