World-View dan sistem politik masyarakat Melayu: penelitian terhadap cerita rakyat Melayu
Type
Article
Main Author
Roslina Abu Bakar
Additional Authors
Arba’ie Sujud
Subject
GR Folklore
ISSN
1823-6812/ eISSN 2600-8696
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
Vol. 4 (2013): Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu
Degree Type
Others
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris Issuing body
Abstract
Artikel ini menumpukan penelitian terhadap cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh menerusi penglipur lara negeri Johor iaitu Penglipur lara Ali Badron bin Haji Sabor. Fokus penulisan artikel ini adalah berkaitan dengan world-view dan sistem politik masyarakat Melayu. Keseluruhan penelitian ini bersandar kepada aspek worldview yang merupakan kesatuan kepada tradisi nilai dan budaya bagi sesebuah masyarakat. Ia dikenal pasti menerusi perlakuan individu atau ahli masyarakatnya yang digambarkan menerusi watak dan perwatakan dalam cerita rakyat Melayu. Penulisan ini turut merungkai world-view dan sistem politik masyarakat Melayu yang menjurus kepada penjelasan mengenai stratifikasi tertinggi iaitu raja. Raja adalah ketua yang memerintah sesebuah negeri atau negara, diikuti oleh para pembesar yang membantu raja mentadbir negeri atau negara, manakala rakyat jelata pula merupakan paling rendah kedudukannya dalam hierarki sosial. Penulisan artikel ini diharapkan dapat memaparkan hubung kait ketamadunan tradisional dengan pembinaan negara moden. Penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita berupaya membawa khalayak memahami kepentingan raja dalam sesebuah negara, tugas para pembesar dan kedudukan rakyat jelata sebagai golongan terendah dalam hierarki sosial.
Kata Kunci World-view; sistem politik; stratifikasi; hierarki
References
H. Mahmud Yunus. (1973). Tafsir Quran Karim. Singapura: Tawakal Trading.
Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Longman.
Mardiana & Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Taib Osman. (1981). “Mengenalkan Kesusasteraan Rakyat” dlm. Jamilah Haji Ahmad. (ed.). Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3–16.
Mohd Taib Osman. (1981a). “Kesusasteraan Melayu dengan Corak Masyarakat dan Budayanya:Tradisi Lisan atau Sastera Rakyat yang Bercorak Cerita” dalam, Jamilah Haji Ahmad (ed.). Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 17–35.
Mohd Taib Osman (1976). “Sastra Rakyat, Tinjauan Umum” dlm. A. Bakar Hamid (ed.) Diskusi Sastera Jilid 1: Sastera Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 19-31.
Mohd Taib Osman (ed.). (1989). Masyarakat Melayu Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1991). Pengkajian Sastera Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Mohd. Isa. (1979). “Awang Belanga: Penglipur Lara dari Perlis”. Tesis Sarjana sastera. Universiti Sains Malaysia.
Mustafa Mohd. Isa. (1984). Penglipur Lara Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shellabear, W. G. (1997). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Abdul Kadir. (1992). Pembinaan Tradisi dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu. Petaling Jaya: asfami Enterprise.
Wan Abdul Kadir. (1993). Struktur dan Organisasi Masyarakat dan Budaya. Kota Bharu dan Petaling Jaya: Masfami Enterprise.
Wan Abdul Kadir. (1993). Budaya Melayu dalam Perubahan. Petaling Jaya: Masfami Enterprise. Winstedt, R.O. (1969). A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Roslina Abu Bakar. (2011). “Cerita Rakyat Melayu: Analisis dari Aspek Komunikasi Dua Hala”. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Zahrul Akmal Damin et al.. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia (Modul Pembelajaran). Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Rakaman
Ali Badron Haji Sabor. 2004. “Batu Belah Batu Bertangkup”, Batu Pahat.
Ali Badron Haji Sabor. 2004. “Cerita Terpanjang”, Batu Pahat.
Ali Badron Haji Sabor. 2004. “Enam Ekor Angsa”, Batu Pahat.
Ali Badron Haji Sabor. 2004. “Hajat Tak Sampai”, Batu Pahat.
Ali Badron Haji Sabor 2004. “Si Badang”, Batu Pahat.
Ali Badron Haji Sabor. 2004. “Sultan Mansur”, Batu Pahat.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.