PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesengsaraan hidup yang dialami oleh kaum wanita. Pengkaji juga turut membincangkan beberapa cerpen yang memaparkan masalah wanita dan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan ini, pengkaji berharap bahawa kajian ini akan memberi sumbangan kepada kaum wanita dalam memperbaiki kehidupan mereka dan menggalakkan mereka supaya lebih berani dan berkeyakinan diri dalam menempuh liku-liku hidup.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.