Penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Siti Badariah Mohamad
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti sejauh mana penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif digunakan bagi menjalankan kajian ini yang melibatkan 209 orang responden terdiri daripada kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah negeri Pulau Pinang. Terdapat 12 persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ICT mereka adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan dengan bidang ikhtisas, kehadiran kursus, umur, sikap, tujuan dan kemahiran ICT. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempunyai hubungan perlu diberi perhatian dalam merangka program-program untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT guru.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.