Abstract
Pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa sering memberi kesan yang pelbagai. Interaksi masyarakat pengamal budaya yang berbeza-beza ini akan pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan dalam satu jangka waktu yang panjang, pengaruh asing itu akan membudaya dan meresap dalam amalan masyarakat yang dipengaruhinya. Bahasa merupakan salah satu daripada unsur yang sering pengaruh - mempengaruhi masyarakat yang bertembung sehingga menimbulkan fenomena pinjam meminjam bahasa. Peminjaman ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu pinjaman secara formal yang diusahakan oleh badan yang berautonomi dalam hal kebahasaan ataupun penggunaan bahasa atau bahasa-bahasa asing secara sewenang-wenangnya dalam kalangan masyarakat pengguna sesuatu bahasa sebagai gejala alih kod dan percampuran kod. Di samping bahasa Melayu (BM) yang telah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing, masyarakat Cina dan India yang hidup di samping masyarakat Melayu di Singapura juga telah dipengaruhi oleh bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa mereka sehari-harian. Kajian yang dijalankan melalui soal selidik, temu ramah dan pemerhatian ini akan mencungkil sejauh manakah BM mempengaruhi komunikasi tak formal kaum Cina dan India di Singapura. Kata-kata BM yang digunakan oleh pengguna bahasa asing sewaktu mereka bertutur dalam bahasa Inggeris (BI) atau bahasa ibunda mereka akan dicungkil dan analisis bagi melihat jenis kata BM yang diambil, konteks penggunaannya dan sebab musababnya.
Kata kunci Peminjaman kata; percampuran kod; bahasa rojak; masyarakat majmuk.
References
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan
bahasa malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan kata arab dalam bahasa melayu.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji Omar. (1966). The nature of Tamil loanwords in Malay in
Proceedings of the First International Conference of Tamil Studies, II,
534-558. Malaysia.
Asmah Hj Omar. (1987). Malay in its sociocultural context. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar. (1991). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa Melayu. (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2005). Bahasa Kacukan: Antara realiti sosiolinguistik
dengan idealisme perancangan bahasa. Seminar Kebangsaaan Kacukan
Bahasa dan Bahasa Kacukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chong Mun Wah. (1997). Kamus etimologi bahasa melayu. Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975 dan 1987). Pedoman umum pembentukan
istilah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1991). Istilah linguistik edisi kedua. Kuala
Lumpur: DBP.
Felber, H. (1985). Terminology manual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. UNESCO.
Harimurti Kridalaksana. (1983). Kamus linguistik. Jakarta: PT Gramadia.
Hartmann R.R.K. & Stork, F.C. (1972). Dictionary of language and
linguistics. London: Applied Science Publishers Ltd.
Haugen, E. (1950a). The Analysis of Linguistic borrowing. Language,
Vol. 26. Dicetak semula dalam The Ecology of Language, Stamford:
University of Stamford Press, 1972, hlm. 78-109.
Haugen, E. (1950b). Problems in bilingualism. Lingua, Vol. 2(3), hlm. 271-
290.
Heah, Lee Hsia Carmel. (1989). The influence of english on the lexical
expansion of Bahasa Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hugh Brennan. (1992). Pinjaman Leksikal dalam Bahasa Melay. Jurnal
Bahasa Jun 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kong Yuan Zhi. (1993). Kata pinjaman Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu
(Bahagian Pertama) Jurnal Bahasa, Ogos, hlm 676-702. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kong Yuan Zhi. (1993). Ogos. Kata pinjaman Cina dalam Bahasa Melayu
(Bahagian Kedua) Jurnal Bahasa, hlm 772- 794. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mariyam Salim & Faridah A Rahman (Penyusun). (1988). Kata Pinjaman
Umum Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mashudi Kader dan Yeong Ah Lok. (1989). Pengaruh Bahasa Cina dalam
perbendaharaan kata Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman. (1966). The language of the editorials in Malay
Vernacularn Newspapers up to 1941. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ng Bee Chin & Tan Ying Ying. (2009). Loanwords in Asian context.
Loanwords in Asian Context Workshop. Nanyang Technological
University, Singapore.
Ng Bee Chin and Tan Ying Ying. (2007). Borrowed and lost: The story of
Malay loanwords in Hokkien and Teochew and what it tells us about
the evolving nature of multilingualism in Singapore. 6th International
Symposium on Bilingualism, May 30 - June 2, 2007, University of
Hamburg.
Nik Safiah Hj Karim. (2006). Pinjam perkataan bahasa lain pun perlu ada
peraturan. Keratan akhbar Berita Harian Singapura. Ogos.
Nik Safiah Hj Karim (ed). (1996). Unsur bahasa asing dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Ismail. (1989). Isu-isu peristilahan: Satu penjelasan. Kertas kerja
dalam Seminar Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (stensilan).
Sulaiman dan Zainal (eds.).(1989). Kertas kerja Seminar Penggunaan Istilah
Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Ying Ying & Ng Bee Chin. (2009). Tonal assignment of Malay loanwords
in Teochew and Hokkien. Loanwords in Asian Context. Loanwords in
Asian Context Workshop. Nanyang Technological University, Singapore.
Wignesan,T. (1995). The extent of the influence of Tamil on the Malay
language: A Comparative Study VIIIth World Tamil Studies Congress,
Tamil University in Tanjavur, India. December-January, hlm 95 .
Winstedt, R.O. (1944). Indian influence in the Malay world. Journal of the
Royal Asiatic Society.