UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian kesan pemukulan dan pembentukan kertas bermagnet dari pulpa kenaf secara pemasukan lumen

AVAILABLE Thesis 31 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian kesan pemukulan dan pembentukan kertas bermagnet dari pulpa kenaf secara pemasukan lumen
Type
Thesis
Main Author
Rosazley Ramly
Subject
TS Manufactures
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2007
Degree Type
Doctoral

Abstract

Teknologi pemasukan lumen adalah satu teknik mekanikal  yang membenarkan partikel-partikel magnet  masuk ke dalam lumen gentian dan memastikan tiada pelekatan partikel-partikel magnet di permukaan  luar gentian. Dalam kajian ini, kertas bermagnet  dihasilkan menggunakan pulpa kraf kenaf tanpa  luntur dan pengisi magnetit (Fe3O4). Manakala, polietilenamina (PEI) kationik dan aluminium sulfat  (alum) digunakan sebagai pembantu retensi. Proses pemasukan lumen terdiri dari tiga tahap penting  iaitu impregnasi, rawatan dan pembasuhan. Proses pemukulan adalah rawatan secara mekanik  menggunakan mesin pemukul PFI yang dapat mengubah sifat-sifat gentian. Empat tahap pemukulan yang  berbeza digunakan iaitu 2000 rpm, 4000 rpm, 6000 rpm dan 8000 rpm. Kertas bermagnet yang dihasilkan  terdiri dari dua cara yang berbeza iaitu penggunaan 100 % pulpa yang dikenakan pemukulan (PDP) dan  campuran 50 % pulpa yang dipukul dan 50 % pulpa tanpa pemukulan (PTP). Kertas bermagnet dianalisis  bagi mendapatkan sifat-sifat fizik dan mekanik seperti ketebalan,  berat  asas,  ketumpatan   ketara,  kecerahan  dan  kelegapan,  kekuatan regangan, kekuatan pecahan, kekuatan koyakan dan  kekuatan lipatan. Mikroskop elektron imbasan (SEM) dan mikroskop konfokal laser imbasan (konfokal)  digunakan bagi menganalisis struktur morfologi gentian lumen berpengisi magnetit dengan pemukulan   dan tanpa pemukulan.  Magnetometer  sampel bergetar  (VSM) pula digunakan bagi tujuan mengukur  sifat pemagnetan kertas. Mikroskop streologi 3-D (IFM) dan penguji pembentukan ambertec beta  digunakan bagi menganalisis sifat permukaan  dan  pembentukan  kertas.  Manakala,  difraktometer   sinar-X  (XRD) digunakan untuk melihat saiz hablur selulosa di dalam kenaf dan magnetit. Kajian ini  telah membuktikan PEI dan alum dapat membantu darjah pemasukan lumen. Bagi kertas bermagnet dari  PDP dan PTP, pemukulan menyebabkan peningkatan secara linear bagi masa pengaliran, berat asas,  ketumpatan ketara, kekuatan lipatan, kekuatan pecahan, kekuatan magnet dan kekuatan regangan (PTP  sahaja). Namun, kekuatan regangan bagi PDP dan kekuatan koyakan bagi PDP dan PTP, peningkatan  berlaku pada revolusi pemukulan 2000 rpm hingga 6000 rpm, kemudian menurun pada tahap pemukulan   8000 rpm. Manakala  kebebasan  gentian, ketebalan, kecerahan dan kelegapan menunjukkan penurunan.  Pemukulan pada revolusi 8000 rpm menunjukkan kekuatan  magnet  adalah  yang  optimum.  Kekuatan   magnet  kertas  dari  PTP berkurangan hampir 50 % berbanding kertas bermagnet dari PDP. Pembentukan  kertas bermagnet adalah tidak seragam dengan penambahan PEI dan alum. Ini disebabkan oleh gumpalan  gentian dan ketidakseragaman masa dan cara pemendapan gentian berpengisi magnet semasa proses  pembuatan kertas. Namun begitu, kertas yang dihasilkan dari pulpa yang dipukul memperlihatkan  pembentukan yang lebih seragam. Oleh itu, dalam kajian ini penggunaan PDP adalah yang terbaik  kerana mempunyai corak keputusan yang lebih baik berbanding PTP. Manakala, pemukulan antara 2000  rpm hingga 6000 rpm didapati adalah paling sesuai untuk digunakan. Ini kerana ia dapat membantu  meningkatkan sifat-sifat fizik dan mekanik kertas bermagnet kecuali sifat kecerahan dan kelegapan.  Ia juga dapat meningkatkan darjah pemasukan lumen dan sifat pemagnetan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.