UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan penilaian keberkesanan koswer multimedia interaktif dengan koswer realiti maya dalam pembelajaran biologi sel

AVAILABLE Thesis 2 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan penilaian keberkesanan koswer multimedia interaktif dengan koswer realiti maya dalam pembelajaran biologi sel
Type
Thesis
Main Author
Che Soh Said
Subject
QH Natural history
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Komputeran dan META-Teknologi
Year of publication
2012
Degree Type
Doctoral

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk membangun dan mengkaji kesan penggunaan  koswer  multimedia interaktif dengan koswer realiti maya dalam pembelajaran biologi sel. Kajian ini  mengandungi dua fasa iaitu pembangunan koswer realiti maya dan koswer multimedia interaktif, dan  diikuti dengan rawatan. Koswer-koswer ini telah dihasilkan dengan berpandukan model pembangunan  Alessi dan Trollip (2001). Eksperimen kuasi telah dilakukan untuk menilai kesan penggunaan koswer-koswer yang dibangunkan  terhadap prestasi ingat kembali, ketekalan ingatan, ingat kembali pengetahuan aras tinggi dan  ketekalan pengetahuan aras tinggi pelajar. Pembolehubah moderator dalam kajian ini ialah keupayaan  spatial yang diukur dengan menggunakan ujian visualisasi spatial Purdue. Sampel kajian adalah  terdiri daripada 112 orang pelajar ijazah pertama di sebuah universiti di Malaysia. Analisis MANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi prestasi ingat kembali antara  pelajar yang menggunakan koswer realiti maya berbanding dengan rakan mereka yang menggunakan koswer  multimedia interaktif. Waiau bagaimanapun, analisis menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan  bagi penilaian prestasi ketekalan ingatan, ingat kembali pengetahuan aras tinggi dan ketekalan  pengetahuan aras tinggi antara kedua-dua kumpulan tersebut. Selanjutnya, penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan bagi prestasi ingat kembali pelajar berkeupayaan spatial rendah dalam kumpulan koswer realiti maya berbanding rakan mereka dalam kumpulan koswer  multimedia   interaktif.  Sebaliknya,  analisis  kajian  menunjukkan  tiada perbezaan yang signifikan bagi  prestasi ingat kembali untuk pelajar berkeupayaan spatial tinggi antara kumpulan realiti maya  berbanding dengan rakan mereka yang menerima koswer multimedia interaktif. Analisis selanjutnya  menunjukkan tiada perbezaan  signifikan  bagi  prestasi  ingat kembali  di antara  kumpulan   pelajar berkeupayaan spatial rendah dan pelajar berkeupayaan spatial tinggi dalam kedua- dua kumpulan. Hasil kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi prestasi ketekalan  ingatan   antara  pelajar  berkeupayaan  spatial  rendah  dan  pelajar berkeupayaan spatial tinggi dalam  kedua-dua kumpulan koswer realiti maya dan koswer multimedia interaktif. Begitu juga, tiada  perbezaan signifikan antara pelajar berkeupayaan spatial rendah yang menerima koswer realiti maya  dengan rakan mereka yang menerima koswer multimedia interaktif. Dapatan yang sama juga ditunjukkan  antara pelajar berkeupayaan spatial tinggi dalam kumpulan realiti maya dan kumpulan multimedia  interaktif. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa koswer realiti maya adalah lebih berkesan  berbanding dengan koswer multimedia interaktif dalam menyokong pembelajaran biologi sel. Selain  itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar berkeupayaan spatial rendah dapat belajar biologi  sel dengan lebih berkesan menggunakan teknologi realiti maya berbanding dengan rakan mereka yang  menggunakan  teknologi  multimedia  interaktif.  Oleh  yang  demikian,  adalah disyorkan supaya  pembelajaran konsep yang abstrak seperti biologi sel menggunakan pendekatan realiti maya kerana  sokongan fitur-fitur eksplorasi dan manipulasi yang menyumbang secara positif kepada prestasi pembelajaran pelajar.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.