Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat impak kemasukan mata pelajaran kimia ke dalam peperiksaan
nasional (PN) terhadap pengajaran dan pembelajaran kimia untuk sekolah menengah atas di Indonesia.
Kajian dijalankan dengan reka bentuk perbandingan bersebab. Segala maklumat dikumpul melalui dua
set soal selidik dan dinilai dengan menggunakan skala Likert. Seramai 110 guru kimia dan 360
pelajar telah digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis dengan mengira nilai kekerapan, min,
sisihan piawai, mod, serta ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemasukan mata
pelajaran kimia dalam PN menyebabkan berlakunya beberapa perubahan dalam pengajaran guru. Didapati
isi pelajaran menjadi lebih tertumpu kepada isi soalan peperiksaan, penyampaian pelajaran menjadi
lebih berfokus terhadap pelajar, aktiviti amali berkurang, penekanan lebih banyak kepada latihan
penyelesaian soalan, serta pentaksiran hasil pembelajaran lebih berfungsi dalam memastikan
kefahaman pelajar. Dari segi pembelajaran pelajar pula didapati PN berkesan menggalakkan pelajar
lebih bersikap positif terhadap pelajaran kimia, lebih bermotivasi, mempunyai efikasi-kendiri lebih
tinggi, dan lebih mengamalkan pembelajaran kendiri. Waiau bagaimanapun, hasil kajian mendapati PN
berkesan meningkatkan keresahan pelajar, dan membina persepsi yang keliru tentang pembelajaran,
iaitu menganggapkan bahawa pembelajaran berkesan
bertumpu kepada bahan peperiksaan dan latihan penyelesaian soalan.