UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan peperiksaan nasional terhadap pengajaran dan pembelajaran kimia sekolah menengah atas di Indonesia

AVAILABLE Thesis 7 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan peperiksaan nasional terhadap pengajaran dan pembelajaran kimia sekolah menengah atas di Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Firman, Harry
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Degree Type
Doctoral

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat impak kemasukan mata pelajaran kimia ke dalam peperiksaan  nasional (PN) terhadap pengajaran dan pembelajaran kimia untuk sekolah menengah atas di Indonesia.  Kajian dijalankan dengan reka bentuk perbandingan bersebab. Segala maklumat dikumpul melalui dua  set soal selidik dan dinilai dengan menggunakan skala Likert. Seramai 110 guru kimia dan 360  pelajar telah digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis dengan mengira nilai kekerapan, min,  sisihan piawai, mod, serta ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemasukan mata  pelajaran kimia dalam PN menyebabkan  berlakunya beberapa perubahan dalam pengajaran guru. Didapati  isi pelajaran menjadi lebih tertumpu kepada isi soalan peperiksaan, penyampaian pelajaran menjadi  lebih berfokus terhadap pelajar, aktiviti amali berkurang, penekanan lebih banyak kepada latihan  penyelesaian soalan, serta pentaksiran hasil pembelajaran lebih berfungsi dalam memastikan  kefahaman pelajar. Dari segi pembelajaran pelajar pula didapati PN berkesan menggalakkan pelajar  lebih bersikap positif terhadap pelajaran kimia, lebih bermotivasi, mempunyai efikasi-kendiri lebih  tinggi, dan lebih mengamalkan pembelajaran kendiri. Waiau bagaimanapun, hasil kajian mendapati PN  berkesan meningkatkan keresahan pelajar, dan membina persepsi yang keliru tentang pembelajaran,  iaitu menganggapkan bahawa pembelajaran berkesan bertumpu kepada bahan peperiksaan dan latihan penyelesaian soalan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.