UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Giam, Lee Hui
Title :Tahap Konsep Kendiri Membaca pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti Program Nilam
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap Konsep Kendiri Membaca yang mencakupi aspek sikap, minat dan kepuasan membaca pelajar yang mengikuti Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Di samping itu juga objektif kajian adalah untuk mengenal pasti status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah kajian serta perbezaan Konsep Kendiri Membaca dikenal pasti berdasarkan demografi pelajar iaitu jantina dan pendapatan bulanan keluarga. Kaedah tinjauan dijalankan dengan menggunakan senarai semak dan Soal Selidik Konsep Kendiri Membaca kepada 367 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih secara persampelan rawak di sekolah-sekolah Kuala Muda Yan, Kedah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik Ujian t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Konsep Kendiri Membaca pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Kajian ini menemui bahawa terdapat perbezaan min Konsep Kendiri Membaca yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di mana pelajar perempuan menunjukkan Konsep Kendiri Membaca yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Namun, tidak terdapat perbezaan min Konsep Kendiri Membaca yang signifikan dalam kalangan pelajar yang mengikuti Program NILAM berdasarkan pendapatan bulanan keluarga. Kajian ini memberi implikasi kepada Konsep Kendiri Membaca dari segi sikap, minat dan kepuasan membaca pelajar yang mengikuti Program NILAM. Kesimpulannya, pemupukan dan pemantapan Konsep Kendiri Membaca pelajar melalui Program NILAM perlu diteruskan memandangkan Konsep Kendiri Membaca boleh dibentuk dan dipertingkatkan
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.