UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan oleh murid Tahun Lima. Sampel kajian ini melibatkan enam pasangan murid Tahun Lima yang berpencapaian sederhana. Mereka telah dipilih secara persampelan bertujuan daripada sebuah sekolah di daerah Gua Musang. Instrumen yang digunakan ialah set Ujian Penyelesaian Masalah. Fokus kajian yang berlandaskan Konstruktivisme terhadap kefahaman murid daripada perspektif mereka sendiri. Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data secara menyuarakan-fikiran, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dikumpul secara rakaman video dan audio. Kajian mendapati wujudnya kesukaran murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan yang melibatkan teori, kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran yang telah menggambarkan kefahaman murid yang sebenar. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada tahu menggunakan prosedur atau rumus semata-mata, Sebaliknya, ia haruslah juga memfokuskan kepada pembinaan kemahiran memahami masalah yang membabitkan pemahaman konseptual murid iaitu penguasaan konsep sepenuhnya. Dapatan kajian ini diharapkan berguna bagi para pendidik matematik dan pendidikan keseluruhannya untuk dijadikan panduan supaya dapat memberi sumbangan terhadap membina asas matematik yang kukuh di kalangan murid-murid. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |