UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesukaran dan kefahaman matematik dalam menyelesaikan masalah nombor perpuluhan murid Tahun Lima

AVAILABLE Thesis 1119 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesukaran dan kefahaman matematik dalam menyelesaikan masalah nombor perpuluhan murid Tahun Lima
Type
Thesis
Main Author
Wan Zakiah Wan Zin
Subject
LB1501 Primary Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan oleh murid Tahun Lima. Sampel kajian ini melibatkan enam pasangan murid Tahun Lima yang berpencapaian sederhana. Mereka telah dipilih secara persampelan bertujuan daripada sebuah sekolah di daerah Gua Musang. Instrumen yang digunakan ialah set Ujian Penyelesaian Masalah. Fokus kajian yang berlandaskan Konstruktivisme terhadap kefahaman murid daripada perspektif mereka sendiri. Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data secara menyuarakan-fikiran, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dikumpul secara rakaman video dan audio. Kajian mendapati wujudnya kesukaran murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan yang melibatkan teori, kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran yang telah menggambarkan kefahaman murid yang sebenar. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada tahu menggunakan prosedur atau rumus semata-mata, Sebaliknya, ia haruslah juga memfokuskan kepada pembinaan kemahiran memahami masalah yang membabitkan pemahaman konseptual murid iaitu penguasaan konsep sepenuhnya. Dapatan kajian ini diharapkan berguna bagi para pendidik matematik dan pendidikan keseluruhannya untuk dijadikan panduan supaya dapat memberi sumbangan terhadap membina asas matematik yang kukuh di kalangan murid-murid.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.