UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepercayaan dan amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai dalam pengajaran matematik

AVAILABLE Thesis 1529 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kepercayaan dan amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai dalam pengajaran matematik
Type
Thesis
Main Author
Nurul Nadia Ismail
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kepercayaan matematik, amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai matematik semasa pengajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan berpendekatan kuantitatif serta dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik. Kajian melibatkan 145 orang guru matematik Daerah Kerian yang dipilih menggunakan persampelan rawak secara berkelompok. Instrumen kajian yang merupakan soal selidik kepercayaan dan amalan telah digunakan bagi mendapatkan kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik guru matematik untuk mengenal pasti penerapan nilai yang wujud semasa pengajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan kepercayaan matematik yang paling tinggi dan positif adalah kepercayaan formalisme yang dikategorikan sebagai kepercayaan bebas nilai manakala dapatan bagi amalan pengajaran matematik yang paling tinggi dan positif juga adalah amalan pengajaran matematik formalisme merupakan amalan bebas nilai. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan korelasi yang sangat kuat dan positif antara kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Kesimpulannya, terdapat kecenderungan responden ke arah pemikiran mazhab formalisme dengan wujudnya hubungan antara kepercayaan matematik formalisme dan amalan pengajaran matematik formalisme. Implikasi kajian ini mendapati kewujudan hubungan antara kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik amatlah penting semasa guru menjalankan pengajaran matematik kerana ianya menentukan penerapan nilai yang akan diterima oleh pelajar samaada bebas nilai mahupun sarat nilai.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.