UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Vijayakumari Silverjoo
Title :Hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Kangsar, Perak (IR)
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Objektif utama ialah untuk mengenal pasti perbezaan antara ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan di kalangan pelajar. Sebanyak 300 orang pelajar tingkatan empat dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar manakala tujuh item digunakan untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam enam dimensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kawalan dalaman, toleransi ketaksaan (tolerance ofambiguity) dan keyakinan diri. Dalam kajian ini, dua jenis statistik digunakan iaitu deskriptif dan statistik inferens. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi. Dapatan kajian hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam aspirasi keusahawanan berdasarkan faktor pemilihan mata pelajaran elektif perdagangan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pemiagaan. Hasil ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar. Ini bermakna semakin banyak pelajar didedahkan dengan ciri-ciri keusahawanan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan aspirasi pelajar untuk menjadi keusahawanan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)