UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini cuba mendedahkan secara realiti cara hidup, prestasi dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli (bumiputera) yang berada di sepanjang laluan Tanah Rata, Cameron Highlands hingga ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, Pahang. Objektif kajian ini hendak melihat dan mengupas gaya hidup masyarakat ini yang setakat ini terlalu sukar ditemui kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman. Maklumat kajian dikumpul secara temubual dan pemerhatian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ann. Tumpuan aspek pemerhatian dilakukan terhadap kegiatan seharian, ekonomi, nilai kekeluargaannya, pegangan dan pandangan hidup terhadap kemajuan yang ada. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menemukan maklumat yang ada percanggahan dengan kefahaman dan pendapat umum atau masyarakat lain terhadap masyarakat Orang Asli (bumiputera). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |