UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Low, Gaik See
Title :Pembangunan perisian matematik bulatan 1 dan kesan penggunaannya terhadap murid bermasalah pendengaran
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangun Perisian PPBK Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bennasalah pendengaran dalam topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas 10 orang murid tingkatan dua di sekolah menengah yang melaksanakan program integrasi pendidikan khas bennasalah pendengaran di negeri Perak. Soal selidik penilaian perisian PPBK Bulatan I, ujian pencapaian matematik, soal selidik tahap motivasi terhadap PPBK, senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif dan kualitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Data kualitatif dianalisis dan digunakan untuk menyokong dapatan kajian kuantitatif. Pada keseluruhannya, pakar penilai memberi penilaian pada tahap yang tinggi (min=4.26) terhadap perisian tersebut. Hasil analisis menunjukkan PPBK telah memberi kesan positif terhadap murid bermasalah pendengaran kumpulan rawatan (min=11.20) dibanding dengan kumpulan kawalan (min=7.60) dalam pencapaian matematik. Soal selidik mendapati kumpulan rawatan mempunyai motivasi pada tahap sangat positif terhadap PPBK dalam matematik. Implikasinya, perisian PPBK ini boleh diperluaskan penggunaannya kepada murid bermasalah pendengaran dalam pengajaran mata pelajaran matematik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.