UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan nilai, amalan dan pemikiran negatif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis masyarakat Melayu dari aspek amalan dan nilai-nilai budaya mereka khususnya tentang nilai dan amalan yang bersifat negatif. Perbincangan tentang permasalahan ini sebenamya telah banyak diperkatakan oleh para sarjana Melayu dan Orientalis Barat di dalam penulisan dan buku-buku mereka. Segolongan sarjana mengatakan bahawa masyarakat Melayu memang mempunyai nilai dan amalan negatif yang telah turun-temurun membudaya dalam kehidupan mereka sehari-hari dan ada segolongan pula yang menolak dakwaan ini. Golongan kedua ini lebih berhati-hati dan berpegang kepada teori bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang hina seperti yang digambarkan oleh golongan pertama tadi tetapi ia adalah suatu pengkhianatan dalam memanipulasi fakta tentang masyarakat Melayu. Penggunaan sumber rujukan di perpustakaan telah membawa penulis kepada suatu dapatan; iaitu teori persambungan kebudayaan masyarakat Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |