UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HE Transportation and Communications
Main Author :Zuhana Amatol Akrma Hapipi
Title :Nilai murni dalam iklan televisyen satu tinjauan berdasarkan teori relevans (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dan menghuraikan makna nilai mumi berdasarkan Teori Relevans (TR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan terhadap iklan televisyen dari tahun 2009 hingga 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 45 iklan televisyen yang telah diterbitkan. Daripada 45 iklan tersebut, terdapat 10 iklan yang menerapkan 10 nilai mumi daripada 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh KPM (1994) sebagai panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Didapati bahawa kebanyakan iklan menyampaikan makna nilai mumi dengan jelas dan relevan. Pengaplikasian TR berjaya merungkai ujaran eksplikatur dan implikatur dengan melihat kepada aspek konteks, kesan konteks dan us aha memproses. Diharapkan pendedahan iklan televisyen terbitan KKMM yang mengandungi nilai mumi dapat diaplikasi dalam P&P, seterusnya guru dapat memupuk amalan nilai mumi dalarn kalangan pelajar serta membantu memahami makna mesej yang disampaikan dalam iklan televisyen secara mudah danjelas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)