UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli
Title :Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan serta menganalisis motivasi pelajar mempelajari bahasa Melayu serta hubungannya terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik, kemudian data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di Jerman lebih kerap menggunakan pelbagai strategi semasa mempelajari bahasa Melayu di dalam kelas berbanding di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lelaki. Kajian juga mendapati pelajar bermotivasi intrinsik dalam mempelajari bahasa Melayu dan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pelajar dengan penggunaan SPBM. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk mempelbagaikan strategi bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.