UPSI Digital Repository (UDRep)

Kualiti guru bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak.

AVAILABLE Thesis 943 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kualiti guru bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak.
Type
Thesis
Main Author
Nadzeri Hassan
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kualiti guru Bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Reka bentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan program analisis maklumat kualitatif untuk menganalisis data. Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di pekan Tanjong Rambutan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Pengkaji menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mengumpulkan maklumat serta data berkaitan kajian. Berdasarkan dapatan kajian ini, empat aspek kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh diamalkan oleh guru-guru, iaitu berpengetahuan, berkemahiran, memiliki personaliti dan kepimpinan yang berkesan, dan mampu mewujudkan hubungan interpersonal yang baik. Sehubungan dengan itu, model guru yang cemerlang yang dihasilkan dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai satu landasan oleh Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah untuk memilih guru yang cemerlang dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.