UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kualiti guru Bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Reka bentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan program analisis maklumat kualitatif untuk menganalisis data. Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di pekan Tanjong Rambutan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Pengkaji menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mengumpulkan maklumat serta data berkaitan kajian. Berdasarkan dapatan kajian ini, empat aspek kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh diamalkan oleh guru-guru, iaitu berpengetahuan, berkemahiran, memiliki personaliti dan kepimpinan yang berkesan, dan mampu mewujudkan hubungan interpersonal yang baik. Sehubungan dengan itu, model guru yang cemerlang yang dihasilkan dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai satu landasan oleh Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah untuk memilih guru yang cemerlang dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |