Integrasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik
Type
Thesis
Main Author
Jamaliah Jakpar
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini menganalisis integrasi enam kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK) utama dalam pengajaran dan pembelajaran fizik tingkatan empat. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Lima guru fizik dipilih sebagai peserta kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dikumpul dengan membuat pemerhatian, menganalisis dokumen dan menemubual peserta. Kesahan dan kebolehpercayaan data ditentukan dengan proses triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan enam KBKK utama yang diintegrasikan oleh guru fizik adalah menjanakan idea, menghubungkaitkan, membuat gambaran mental, membandingkan dan membezakan, mencirikan dan menganalisis. Kaedah integrasi KBKK yang dikesan pula adalah mengeksperimen, perbincangan, aktiviti menyoal, menonton video, aktiviti hands-on, lawatan dan projek. Manakala masalah yang dihadapi guru semasa integrasi KBKK adalah keperibadian guru, pelajar, pembantu makmal, kekangan masa, kekurangan peralatan makmal dan capaian internet. Kesimpulannya, enam KBKK utama telah berjaya dikesan menggunakan lapan kaedah pembelajaran dan pengajaran walaupun masih wujud masalah yang guru hadapi dalam mengintegrasikan KBKK. Implikasi kajian adalah kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual berstruktur separa berjaya mengesan integrasi KBKK dalam pembelajaran dan pengajaran fizik tingkatan empat.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.