UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap pengurusan kokurikulum dan pencapaian kokurikulum murid di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina

AVAILABLE Thesis 2400 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap pengurusan kokurikulum dan pencapaian kokurikulum murid di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina
Type
Thesis
Main Author
Chuah, Hong Ngee
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Faculty of Management & Economics
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk meninjau tahap pentadbiran dan kepimpinan guru-guru dalam mempengaruhi pencapaian kokurikulum murid di sekolah-sekolah yang terletak di daerah Kinta Selatan, Perak. Dalam komponen pentadbiran, faktor-faktor yang dikaji terdiri daripada segi perancangan, pengawalan dan penilaian. Dalam komponen kepimpinan guru, tiga aspek dari segi kesediaan, pengetahuan dan komitmen ditinjau terhadap pencapaian kokurikulum murid. Sampel kajian terdiri daripada 240 orang guru penasihat kokurikulum daripada 15 buah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Dalam kajian ini, tahap diukur mengikut skala yang dibina berdasarkan skor min iaitu tahap rendah (1.00-2.33), tahap sederhana (2.34-3.66) dan tahap tinggi (3.67-5.00). Dapatan kajian menunjukkan tahap pentadbiran dalam mempengaruhi pencapaian kokurikulum murid adalah tinggi iaitu dengan skor min 3.90. Skor min bagi aspek perancangan adalah 3.96, pengawalan 3.86 dan penilaian 3.89 dalam pelaksanaan pentadbiran terhadap kokurikulum. Manakala tahap kepimpinan guru dalam meningkatkan pencapaian kokurikulum murid juga adalah pada tahap tinggi iaitu skor min 3.83, di mana skor min dari segi kesediaan adalah 3.93, pengetahuan 3.74 dan komitmen 3.83. Dapatan kajian juga menunjukkan pentadbiran dan kepimpinan guru mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian kokurikulum murid di mana korelasi di antara pentadbiran dengan pencapaian kokurikulum mencatat nilai pekali korelasi 0.56. Manakala hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian kokurikulum mencatat nilai pekali korelasi 0.47. Kajian ini menyumbang maklumat penting dalam pembangunan dasar kegiatan kokurikulum supaya program kokurikulum ditegaskan lagi semasa merancang, mengadaptasi dan menilai murid dalam pembangunan kurikulum.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.