UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :NX Arts in general
Main Author :Hanafi Dollah,
Title :Kebudayaan Pahang dalam alaf baru
Year of Publication :2001

Abstract :
Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo, Sulawesi, Jawa dan lain-lain. Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri ini terdapat banyak keistimewaan baik dari sejarah dan kebudayaannya. Dari segi sejarah silam, Pahang adalah tapak: arkeologi yang kaya dan sehingga sekarang sebahagian kecil sahaja dicarigali (lihat. Bellwood 2000). Dari segi sejarah tua, ia tidak sunyi daripada pertalian pusat-pusat kebudayaan lain seperti Melaka dan Jawa. Dari segi sejarah yang bam lalupun, Pahang masih panas dan segar dengan para pahlawan dan tokoh anak watangnya, daripada Tok Gajah, Dato' Bahaman dan Mat Kilau kepada Ishak Muhamad dan Kris Mas. Putera Pahang, Tun Abdul Razak Hussein adalah seorang Perdana Menteri yang sangat berjasa kepada orang Melayu, baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sistem pendidikan. Dengan itu, Pahang bukanlah suatu daerah pinggir (marginal) tetapi suatu negeri yang mempunyai kekayaan dan keistimewaan tersendiri. Kekayaan dan keistimewaan itu semakin terserlah kalau 2 dilihat dalam kontek semasa dan akan datang. Sekarang Pahang merupakan negeri destinasi utama pelancong. Tempat-tempat seperti Pulau Tioman, Cheranting dan Genting Hinglands adalah tempat-tempat yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Dalam suasana tersebut, negeri Pahang mempunyai peluang yang lebih besar untuk membanguri kebudayaan tradisionaInya. Kebudayaan tradisional di sini termasuklah kesenian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.