UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Isa Yaakub,
Title :140 bait pantun Pak Zek : satu penelitian tentang pantun nama tempat di negeri Pahang
Year of Publication :2001

Abstract :
Beliau pernah menyatakan keinginannya untuk mencipta pantun yang pembayang maksudnya menggunakan nama-nama kampung di Pahang- dart 'kemuncak air meleleh hingga ke ombak menghempas'. Namun hasratnya ini tidak dapat disempurnakan. Sehingga saat kematiannya, hanya sekitar 140 bait pantun sahaja yang sempat disiapkan, yang tercantum di dalamnya kira-kira 180 nama tempat di negeri Pahang. Mengapakah begitu istimewa sekali kampung-kampung di Pahang ini bagi Pak Zakaria Hitam, Budayawan Pahang yang terkenal itu? Barang siapa yang pernah sempat bertemu dengan beliau, dengan mudah dapat memberikan jawapan bagi pertanyaan ini. la bermula daripada rasa kecintaan beliau yang amat besar terhadap negeri tumpah darahnya ini yang seterusnya menyebabkan beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya mendokumentasikan pusaka warisan sastra dan budaya tradisional negeri ini untuk tatapan generasi yang akan datang. Beliau tidak jemu-jemu mengumpul dan memperkatakan cerita-cerita rakyat, lagenda, pantun, di samping artifak budaya Pahang; yang kim kebanyakannya menjadi koleksi Lembaga Muzium Negeri Pahang. Pepatah yang menyebut 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' selalu sangat menjadi buah mulut beliau bila menyebut tentang kealpaan anak-anak Pahang menghargai budaya nenek moyang sendiri sebaliknya berebut-rebut mengejar sesuatu yang moden dan materialistik; dan betapa perlunya usaha mengumpul cerita rakyat dan budaya tradisional ini dipergiatkan. Walau bagaimanapun, koleksi pantunnya tentang ini mengatasi bilangan pantun jenis yang sama dengan yang pernah dicipta oleh semua orang perseorangan lain!
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.