UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :DS Asia
Main Author :Selat Norazit, Suhaili Samsudin,
Title :Masyarakat Melayu Pahang dalam kisah pelayaran Abdullah
Year of Publication :2001

Abstract :
Penelitian secara ethnografi terhadap sesebuah masyarakat secara langsung boleh memberi gambaran mengenai identiti masyarakat tersebut. Melalui kaedah penelitian dan turut serta, gambaran yang diberikan ternyata boleh dipertanggungjawabkan dan rnewakili keadaan yang sebenar sarna ada dalam bentuk tulisan, bergambar atau lisan. Begitulah juga dengan pernaparan yang dilakukan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau Abdullah Munsyi melalui karyanya Kisah Pelayaran Abdulah (KPA). Pelayaran Abdullah ke Pahang, Terengganu dan Kelantan pada tahun 1838 rnerupakan catatan peribadi beliau dalam bentuk karya sastera naratif. Melalui karya ini dapat dikesan kekuatan dan kesungguhan pengarang dalam rnenghasilkan persoalan yang dihadapinya. Sesebuah karya sastera yang dihasilkan rnerupakan jalinan pengalaman, sikap dan pemikiran pengarangnya yang telah direnung, difikir dan ditapis untuk menjadi sebuah karya kreatif atau deskriptif. Begitu juga dengan karya Abdullah Munsyi terrnasuklah KPA (1838) yang berteraskan pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya. Oleh itu dapat dikatakan bahawa KPA ini sememangnya mempunyai ciri rujukan dan perbandingan terhadap latar masyarakat yang dinaratifkannya itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.