UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Harun Jelani,
Title :Manuskrip negeri Pahang : membicarakan tokoh pengarang & penyalin
Year of Publication :2001

Abstract :
Budaya penulisan manuskrip yang muncul dan berkembang di Alam Melayu sekitar abad ke-14 hingga abad ke-19 meninggalkan sejumlah khazanah persuratan Melayu yang kaya dengan pelbagai maklumat tentang sejarah perkembangan tamadun bangsa Melayu. Daripada manuskrip-manuskrip tersebut tergambar corak sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun hingga ke hari ini. Sebahagian daripada manuskrip berkenaan telah pun menjadi bahan kajian para sarjana pengajian Melayu, ditransliterasi dan diterbitkan sebagai bahan bacaan umum. Manakala sebahagian besamya pula masih berada dalam bentuk manuskrip jawi yang masih belum dibuat kajian dan analisis yang sewajarnya. Tulisan ini bermatlamat untuk membuat suatu sorotan umum tentang khazanah manuskrip negeri Pahang dan seterusnya membicarakan beberapa orang tokoh pengarang dan penyalin manuskrip yang berasal dari Pahang. Hal ini penting dilakukan sebagai usaha awal dalam penulisan sejarah dan budaya manuskrip negeri Pahang secara lebih tersusun pada masa hadapan. Manuskrip negeri Pahang yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah manuskrip yang ditulis di negeri Pahang, menceritakan hal-ehwal yang berlaku di Pahang, dan sebaik-baiknya oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang. Justeru, sebuah manuskrip yang ditemui di Pahang tetapi diketahui telah ditulis di Iuar dari negeri Pahang dan oleh pengarang yang bukan kelahiran Pahang, maka dengan sendirinya tidak dapat dianggap sebagai khazanah manuskrip negeri Pahang. Sebaliknya, sebuah manuskrip yang ditemui di Iuar dari negeri Pahang, tetapi diketahui telah ditulis di Pahang oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang, maka manuskrip berkenaan adalah tergolong dalam khazanah manuskrip negeri Pahang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.