UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Jumaat Zainuddin,
Title :Hikayat percintaan kasih kemudaan : tema & persoalan
Year of Publication :2001

Abstract :
Bila membicarakan perkembangan novel Melayu orang lantas mengatakan Syed Sheikh Al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanumnya sebagai pelupur yang ulung, sambil itu memberikan pula peringatan bahawa watak dan latar nya adalah negara Mesir. Kemmudian orang terus menyebut bahawa Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu dengan novelnya Kawan Benar sebagai pengarang yang pertama menulis novel Melayu yang watak dan latarnya benar-benar Tanah Melayu. Tanggapan ini adalah disebabkan oleh beberapa orang ahli kesusasteraan yang telah menulis buku-buku memberikan pendapat itu. Antaranya ialah Annas Haji Ahmad dalam bukunya Sastera Melayu Baru, Yahya Ismail dalam buku-bukunya Bimbingan Sastera Melayu Moden dan Satu Kajian Mengenai Karya-Karya Ahmad Talu, serta diikuti pula oleh Drs. Li Chuan Siu dalam bukunya Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830 -1945, dan harus beberapa buku dan oleh ahli sastera yang lain lagi. Mereka itu sungguh berani memberikan pendapat itu dengan tidak meragukan bahawa Za'ba telah menulis dalam JMBRAS, Vol. XIX, Bahagian I, 1941 yang berjudul "Recent Malay Literateure" menyatakan nama-nama pengarang dan buku-buku mereka, antaranya menyebutkan : "An old boy of the former Malacca College, Ahmad bin Kotot, who is a teacher in Pahang has also written a local love- story of nearly 300 pages ; called Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan published in 1927." lelas sekali tarikh yang diberikan oleh Za'ba itu adalah sarna dengan tarikh terbitnya novel Kawan Benar. Oleh itu dengan sendirinya buku itu menjadi saingan ( 1 ) kepada Kawan Benar. Disebabkan oleh tarikh dan penerangan yang menyebut "a local love-story" itu maka minat saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Encik Abu Bakar Hamid dalam membicarakan "Ahmad Rashid Talu dengan "Ada nama-nama yang tidak muncul sama sekali dalam sejarab kesusasteraan Lantaran buku-buku mereka tidak dikenali penyelidik-penyelidik sastera. " Iakah Salmahnya" yang termuat dalam majalah Penulis, September 1969 ada menyatakan: Beliau lalu memberikan contoh Ahmad bin Kotot dengan Hikayat Percintaan Kasik Kemudaannya. Kemudian beliau membuat suatu sorotan pula mengenai novel itu dalam Majalah Dewan Sastera Jun 1971. Setelah saya membaca itu maka minat saya telah bertambah untuk membuat kajian mengenai novel tersebut. Manakala persetujuan telah didapati daripada pensyarah mengenai perkara tersebut, saya mulalah mendapatkan maklumat mengenai novel itu dan diri pengarangnya di Kampung Sam, Jerantut, Pahang. Kajian saya mengenai novel ini adalah dari segi intrinsik dan extrinsiknya. Naskhah novel dalam bentuk salinan zerok telah dipinjarnkan kepada saya oleh pengawas. Dari sumber extrinsiknya, saya telah cuba melihat suratkhabar dan majalahmajalah seperti di mana beliau pemah menulis yang telah diberitahukan oleh Ahmad Kotot. Saya juga telah menemui beberapa orang perseorangan di beberapa tempat di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk mendapatkan keterangan mengenai novel ini dan pengarangnya
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.