UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Dalam laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Kamaludin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Keris Mas, telah memperakukan bahawa "cerpen-cerpen Keris Mas bukan sahaja memperlihatkan daya seni dan kreatifnya tetapi juga watak peribadi seorang nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan, kekolotan dan khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme; dan seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan tani. Sebagai seorang penulis yang percaya kepada seni untuk masyarakat, tematema ini semua dibawakan dalam cerpen-cerpennya".' Ternyata tanggapan . panel itu lebih jelas dikemukakan berdasarkan cerpen-erpen Keris Mas yang dihasilkan sehingga tahun 1960-an, iaitu bermula dengan cerpen "Wasiat Orang Bangsawan" (Suluh Malaya, 1 Jun 1946) sehingga cerpen yang dihasilkannya pada tahun 1960-an, iaitu "Salah Pimpin" (Ufusan Pemuda, 6 Ogos 1960). Pada hakikatnya Keris Mas sudah mula menulis sejak tahun 1938 lagi bukannya mulai tahun 1946 sepertimana yang dikemukakan oleh ramai peneliti sastera." Cerpen awalnya diterbitkan dalam majalah Pandji Is/am, Medan sebanyak dua kali keluaran. Waktu itu majalah Pandji Islam cukup terkenal dan berpengaruh di Indonesia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |