UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Samat Talib, Wahid Azhar,
Title :Pendokumentasian karya-karya Pak Sako dan pemikiran pembangunan bangsa
Year of Publication :2001

Abstract :
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah lama disuarakan oleh pelbagai pihak di negara ini agar dijadikan buku teks sastera tetapi belum menjadi kenyataan sehinggalah riuh-rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mahu memperkenalkan pengajaran sastera dalam Bahasa Melayu khususnya sewaktu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pendidikan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.