UPSI Digital Repository (UDRep)

Inovasi perkhidmatan awam Malaysia melalui pelaksanaan e-kerajaan satu kajian empirik tentang penerimaan e-servis di Lembah Kelang

AVAILABLE Article 1370 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Inovasi perkhidmatan awam Malaysia melalui pelaksanaan e-kerajaan satu kajian empirik tentang penerimaan e-servis di Lembah Kelang
Type
Article
Main Author
Mahbob Maizatul Haizan, Nordin Mohammmmed Zin, Wan Sulaiman Wan Idros,
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2011

Abstract

Tahun 2000, menyaksikan lebih banyak perkhidmatan awam di negara ini terinovasi melalui penggunaan kaedah elektronik. Perkhidmatan secara elektronik yang melibatkan permohonan, pembayaran, maklumat, komunikasi, perolehan, pungutan suara, pengurusan khidmat pelanggan dan aduan awam, bukan sahaja menjimatkan masa dan kos malah mampu mengurangkan khidmat konvensional melalui kaunter dan telefon, seterusnya membolehkan kakitangan awam memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting. Sungguhpun inovasi perkhidmatan ini dilihat cekap, namun kecekapan sebenarnya bergantung kepada penerimaannya dalam kalangan rakyat. Penggunaan inovasi ini dengan skala besar dan berterusan adalah penting agar matlamat dasar e-kerajaan itu tercapai. Bagaimanapun berdasarkan kajian, penerimaan ke atas inovasi ini khususnya melibatkan pembayaran elektronik melalui e-servis adalah rendah sungguhpun setelah lapan tahun perkhidmatan ini disediakan. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tersebut ialah persepsi rakyat tentang sejauh mana inovasi tersebut berfaedah kepada mereka, mudah digunakan, boleh dipercayai, mempunyai efikasi diri dan suasana yang mendorong kepada penggunaan inovasi seperti infrastruktur yang mencukupi.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.