UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini dilaksanakan ke atas satu daripada sekian banyak cerita-cerita rakyat yang terdapat di negeri Pahang. Judulnya ialah Raja Sore. Cerita termaklum dituturkan oleh Puan Silah binti Mat Lingga dari Kampung Lubuk: Payung, Tembeling Tengah, Pahang kepada Encik Shamsuddin bin Kassim dan Encik Zulkifli bin Salleh dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Rakaman cerita tersebut di buat pada 26 dan 27 Julai 1965 (Harun Jaafar dan Ismail Ibrahim 1994: x). Ditinjau dari sudut struktural, cerita berkenaan memperlihatkan kesepaduan yang mantap antara plot, perwatakan, dan motif untuk: menjelaskan .makna yang berlegar dalam minda pengarangnya. Apabila ditelusuri isi kandung cerita rakyat tersebut dari sudut tipainduk pula, terdapat sekurang-kurangnya dua eleman imej utama (primodial image) yang memerangkap dan menjerumuskan majoriti orang Melayu dalam pemikiran mythic yang boleh menjejaskan akidah dan melembabkan kemajuan mereka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |